Laporan polis terhadap pegawai Umno
Muda Mohd Noor | Sep 26, 08 7:56pm
Seorang ketua cawangan Umno bahagian Tanah Merah, Kelantan membuat laporan polis terhadap setiausaha bahagian sistem maklumat ibu pejabat Umno, Datuk Ismail Mohamed.
Dalam laporannya, Ismail didakwa mengaku ditawar untuk membeli kereta dengan harga murah oleh seorang pemimpin yang mahu bertanding jawatan ketua bahagian tersebut.
Ketua cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai, Bukit Mas, Amran Abdul Rahman membuat laporan tersebut di balai polis Tanah Merah jam 1.33 tengahari semalam.
Dalam laporan tersebut, Amaran mendakwa, Ismail memberitahu perkara itu dalam satu perjumpaan pada 7 Ogos lalu - di antara jam 12 hingga 1 tengah hari - di ruang menunggu tingkat 20 bahagian sistem maklumat ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur.
Menurutnya, perjumpaan itu diadakan berhubung permasalahan keahlian yang menyebabkan cawangan dalam bahagian Tanah Merah masih gagal bermesyuarat walaupun tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno telah berakhir.
Beliau mendakwa, turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah ketua Pemuda bahagian, Jusoh Deraman; penolong setiausaha, Muhammad Yuswadi Yaacob dan ketua penerangan Umno bahagian, Bahari Mohamad Nor.
Dalam laporan polis tersebut, Amran turut mengemukakan akuan bersumpah oleh Jusoh, Yuswadi dan Bahari.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Amran berkata, perjumpaan tersebut berkaitan masalah ahli dan status cawangan yang tidak membayar yuran keahlian.
'Laporan didakwa tidak tepat'
Amran mendakwa, semakan yang dibuatnya mendapati ada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi ahli Umno di cawangan tertentu sedangkan mereka tidak memohon.
Manakala Ahad lalu, Amran membuat laporan polis terhadap bekas setiausaha Umno bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail kerana beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dalam kewangan Umno bahagian.
Amran juga mendakwa Ahmad turut disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan mengemukakan laporan yang tidak tepat dan benar kepada ibu pejabat Umno.
Beliau mendakwa, Ahmad telah membuat pindaan dengan menambah dan mengurangkan jumlah ahli beryuran.
Ekoran itu, dakwa Amran, 31 cawangan gagal serta lewat membayar yuran sehingga 31 Disember 2007.
Amran juga berkata, beliau menemui setiausaha kerja Umno, Datuk Hussainy Hussain lebih sebulan lalu.
Bagaimanapun, dakwanya, beliau telah diminta supaya tidak memanjangkan perkara tersebut.
Dakwanya lagi, surat-surat yang dihantarnya mengenai perkara tersebut juga telah abaikan.
Friday, September 26, 2008
Thursday, September 25, 2008
NGO buat laporan polis terhadap Anwar
NGO buat laporan polis terhadap Anwar
September 25, 2008 by admin
KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik dari daerah itu hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggugugat kestabilan negara.Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya, Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada pukul 10.35 pagi ini.
Barisan itu antara lain diwakili Umno Bahagian Gombak, Majlis Belia Daerah Gombak, Rukun Tetangga Gombak Setia dan Persatuan Silat Cekak Malaysia cawangan Gombak. Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar
menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.
“Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau.”Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu gugat kestabilan negara tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu Anggota Parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti… sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
“Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan,” katanya kepada pemberita di pekarangan balai polis itu di sini hari ini.Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.
Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak pukul 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindaktanduk Anwar sebagai pemimpin.Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis “Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar” serta “Tangkap Anwar Ibrahim”. Sementara itu, di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama anggota Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.Beliau berkata, kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.
“Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan Perdana Menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing… sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini. Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai “tukang karut” disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lepas seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan. BERNAMA
Wednesday, September 24, 2008
Idiotic to the core
Report lodged against Teresa Kok for insulting egg
KUALA LUMPUR (Sept 24, 2008) : The Seputeh Umno Youth division lodged a police report today against Seputeh MP Teresa Kok, claiming she had insulted the Royal Malaysian Police and the egg, which is an essential food of the underprivileged.
The division’s deputy head Alawi Dahalin and several other members lodged the report at the Brickfields police station.
Alawi said he had heard Kok complain about the food she was given while detained under the ISA, at a press conference at the DAP headquarters in Petaling Jaya, shown on the night news on TV on Sept 20, a day after she was released from custody.
He said Kok had said the food she was served was "fit only for dogs".
"By saying this, she had insulted the police and the poor. Eggs are an important food for low-income earners and the poor. As an elected representative of the people she should not have said that," he said.
KUALA LUMPUR (Sept 24, 2008) : The Seputeh Umno Youth division lodged a police report today against Seputeh MP Teresa Kok, claiming she had insulted the Royal Malaysian Police and the egg, which is an essential food of the underprivileged.
The division’s deputy head Alawi Dahalin and several other members lodged the report at the Brickfields police station.
Alawi said he had heard Kok complain about the food she was given while detained under the ISA, at a press conference at the DAP headquarters in Petaling Jaya, shown on the night news on TV on Sept 20, a day after she was released from custody.
He said Kok had said the food she was served was "fit only for dogs".
"By saying this, she had insulted the police and the poor. Eggs are an important food for low-income earners and the poor. As an elected representative of the people she should not have said that," he said.
Subscribe to:
Posts (Atom)